KONSEP
Pengenalan
Hidroponik merupakan dua ungkapan Greek ia itu hidro yang berarti air dan phonos bearti kerja. Ia membawa maksud aktiviti pertanian yang dijalankan dengan menggunakan air sebagai medium menggantikan tanah. Teknik ini telah digunakan sejak tamaddun awal sebelum masehi lagi. Taman Tergantung Babyloon antara sistem tanaman secara hidroponik yang masyur diikuti dengan Tamaddun Aztez di Mexico di mana masyarakat Indian menanam secara terapung di permukaan tasik yang cetek atau dapat di katakan sebagai sistem rakit. Marco Polo dalam pengembaraannya mencatatkan bahawa terdapat penduduk di negara China menanam secara hidroponik. Dalam Tamaddun Mesir juga terdapat aktiviti penanaman secara hidroponik dijalankan.
Pada tahun 1937, W.F. Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini secara komersil. Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan komersil
Pada 1699, Woodward saintis England telah menjalankan kajian menanam dengan menggunakan air sebagai medium, garam mineral dilarutan kedalam air dengan dimasukkan sedikit tanah. Keputusannya pokok tumbuh dengan baik dan tanah yang dicampur didapati tidak berkurang. Pada 1930an saintis Amerika , Gerice dari Universiti California telah berjaya menanam tomato dengan kaedah hidroponik yang mana tomato tumbuh sehingga 7.5 meter. Perkembangan Teknologi Greenhouse di negara barat telah membantu perkembangan hidroponik, yang mana aktiviti pertanian hidroponik dalam greenhouse dapat dijalankan sepanjang tahun.
Pada awal 70an, saintis England Dr. Allen Cooper telah berjaya memperkenalkan teknik NFT yang merupakan sistem hidroponik terbaik. Dalam kaedah ini larutan baja dari tangki hidroponik dialirkan keakar tanaman dalam palung, larutan ini dikembalikan semula kedalam tangki. Teknik ini telah berkembang selaras dengan perkembangan teknologi digital yang mana terdapat operasi sistem ini yang dikawal dengan komputer.
Teknologi Hidroponik di Malaysia pernah menjadi isu kesihatan dimana jika bancuhan tidak dibuat dengan betul atau takung yang tidak dijaga dengan rapi akan menjadi punca nyamuk membiak. Nyamuk aedes berdarah. Masalah besar akan timbul jika takung hidroponik tidak diuruskan dengan baik dan Kementerian Kesihatan Malaysia pernah menyaman dan menyita pengusaha Hidroponik Takung dahulu seperti kes di Johor Bahru dan Kluang