Penggiat Hidroponik
Assalamualaikom dan salam sejahtera.
Saya adalah seorang peminat Tanaman Hidroponik. Dahulu saya pernah menanam cara hidroponik. Pada waktu itu saya mempunyai hampir 15 Takung Hidroponik dan mendatangkan hasil dan dapat mengurangkan kos sara hidup. Jenis tanaman yang pernah saya hasilkan ialah sawi, bayam, kangkong dan kailan. Namun kekangan masa dan tuntutan perkerjaan, hobi ini saya berhentikan buat sementara.
Ketika ini saya merancang untuk memulakan semula hobi ini. Tapi mempunyai konsep yang berlainan. Saya akan lebih menggunakan keadaan persekitaran rumah yang sesuai untuk tanaman hidroponik. Bagi menggantikan Rumah Hidroponik saya akan menggunakan katil terpakai yang tidak digunakan lagi. Takung-takung pula diperbuat daripada tong dram plastik. Cara menanam menggunakan Kaedah Takung. Sekiranya siap saya akan publishkan dalam web ini.